Wednesday, August 27, 2008

PERMATANG PAUH MENJADI SAKSI RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN!

TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TOKOH POLITIK TERFAMOUS DIDEKAD INI! JUGA TAKZIAH BUAT UMNO BN CELAKA, PADANMUKA KALAH!

Kedua2 ucapan di atas adalah bersempena kemenangan besar DSAI dalam PR P-44 yang berakhir semalam. Kini bergelar YBlah insan yang tidak pernah disenangi musuhnya UMNOBN itu. dan tidak mustahil tidaklama lagi beliau bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi bakal bergelar Yang Amat Berhormat pula. InsyaAllah!
K- WAWASAN yang turut mengikuti perkembangan PR P-44 dari jarak dekat dan jauh sudahpun menjangkakan kemenangan besar ini. Dek kesibukan dan menyibukkan diri dengannyalah menyebabkab K-WAWASAN dan rakan-rakan tidak sempat bahkan tidak tersentuh langsung BLOG TERSAYANG INI.
Kita nantikan perubahan demi perubahan yang akan berlaku selepas ini, K-WAWASAN berharap pembaca blog ini berdoalah semoga perubahan yang rakyat idam-idamkan akan termakbul pada 16 September/16 Ramadhan nanti.
Tidak lupa kepada Khairi Hussin yang masih duduk empuk dikerusi Timb. Rektor, diingatkan jangan terus terusan membodohi mahasiswa KUIS dengan perangai munafiq itu, K-WAWASAN dan rakan-rakan di sana tidak pernah akan berhenti sehingga kamu dijatuhkan. INGAT DIJATUHKAN!
K-WAWASAN jijik dengan panggilan 'ayah' yang dirayu kepada mahasiswa supaya menganggapnya, disuruh hormat dan sanjung. SIAPA KAMU? KAU BUKAN AYAH KAMI! Yang layak menjadi 'ayah' kami adalah seorang muslimmukin yang sejati bukan hadhari sesat badawi yang KAU imani.
BODOH! BELAJAR SAMPAI LUAR NEGERI PUN TAK TAHU KESESATAN AJARAN ISLAM HADHARI CIPTAAN PAKLAH BADAWI.
Orang yang aqidahnya salah kemudian berbangga dengan salahnya pula, memang layak diperkatakan sedemikian.
Akhirnya K-WAWASAN berharap perkembangan yang sedang berlaku dalam politik tanahair kita ini MEMPERCEPATKAN LAGI KHAIRI HUSSIN INI DITURUNKAN! ALLAHUAKBAR!

Wednesday, August 20, 2008

SIRI 1 ANTIKHAIRI!-KHAIRI MENGGULA MAHASISWA!

‘Berhempas pulas’ wakil Rektor KUIS kelmarin apabila ruang untuknya berucap yang sepatutnya tausiah sempena menjelang peperiksaan akhir semester mahasiswa tetapi ‘kebengongannya’ menjadikan medan itu ‘tabmandi’untuk ‘mensucikankan’ dirinya yang bernajis sekular dan nifaq itu. Walaupun dia berjubah dan berserban malam itu kononnya berlagak lebai dan alim, namun ‘najis sekular dan nifaq’ TETAP JELAS KELIHATAN’ di mata hati orang beriman Islam yang hakiki bukan islam hadhari akidah pegangan si Khairi!
Kehadiran halim dan Siput Babinya (SB) ‘menyemangatkan’ lagi si khairi untuk menghentam dan menyumpah seranah pihak yang cuba ‘menggugat’ singgahsananya di Pejabat Tim. Rektor dengan edaran Kwawasan lalu. Bermula ucapannya dengan ‘menggula-gulakan’ mahasiswa yang hadir pada malam itu kononnya akan diberi potongan yuran pengajian sebanyak 15 % bagi yang mendapat GPA 3.5 ke atas, 10% yang mendapat 3.49-3.00, dan 5 % bagi yang dapat 2.99-2.70.
k-WAWASAN mencabar supaya dibuat satu PENERANGAN KHAS kepada mahasiswa bagaimana kaedah yuran itu akan dipotong! Jangan hanya mencari publisiti murahan dengan meraih simpati mahasiswa yang MEMANG BENCI DAN MUAK dengan muka kamu itu!
Walaupun Pendirian k WAWASAN terhadap penurunan yuran itu adalah sangat wajar tetapi ia mestilah benar-benar ikhlas dan telus bagi membantu mahasiswa KUIS yang sedang merana dan tersiksa dek tindakan bodoh kerajaan pusat BN menaikkan minyak petrol lalu(jangan tak percaya ada mahasiswa KUIS yang hanya memakan magge mee shj selama seminggu kerana ketidakcukupan ptptn yang semuanya habis kerana yuran yang mahal nak mampos). K-WAWASAN juga mempersoal apa kuasa si khairi ini? Sewenang mengumumkan penurunan itu dan kemana orang nombor satu KUIS? Bukankah sepatutnya dia yang selayaknya mengumumkan hal TERPENTING itu?
Bacaan mudah kWAWASAN, oleh kerana siKhairi ini sewenang mengumumkan penurunan yuran LOGIKNYA dia jugalah yang MUNGKIN SELAMA INI SEWENANG JUGA MENAIKKANNYa. Jika tidak kenapa dia begitu berani membuat pengumuman sesuatu yang dahulu memang dianggap ‘sangat rahsia’ sehingga sesiapa pun pun tidak boleh menyentuh tentangnya.
Dengan menganggap kenaikan yuran sebagai ‘urusan jualbeli’ yang mana pembeli MESTI REDHA dengan harga yang ditetapkan penjual, jelas menunjukkan tara pemikiran si Khairi yang sekular bermazhab kapitalis itu, memperbodoh dan menekan mahasiswa yang dianggap ‘pelanggan bengap’ dengan menaikkan harga yuran sehingga ptptn yang naikpun tidak mampu menampung kenaikkan yuran yang melampau.

K WAWASAN berpandangan bukan hanya SANGAT WAJAR DIBERI ‘DISKAUN’ kepada mereka yang memang berhak mendapatnya bahkan SANGAT PERLU diturun yuran yang membebankan semua mahasiswa itu sebanyak 30% TANPA TERKECUALI!. Jika pihak pengurusan berasa keberatan, k WAWASAN MENCABAR LAGI SUPAYA MEMBUAT SATU LAGI PENERANGAN KHAS kepada mahasiswa KENAPA TIDAK BOLEH?

Wednesday, August 13, 2008

Kenyataan Media MB Selangor

JANGAN PANJANGKAN ISU KEMASUKAN PELAJAR
13 OGOS 2008
Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato’ Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.
Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.
Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.
Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.
Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

MAHASISWA KUIS DAN UNISEL DIGESA BUAT DEMO BALAS TERHADAP UMNOBN!!!

k-WAWASAN memandang serius terhadap tindakan UMNOBN yang ‘memperalatkan’ mahasiswa UiTM supaya membuat demonstrasi dihadapan bangunan Kerajaan Negeri baru-baru ini dengan alasan kononya membantah kenyataan Dato’ MB Selangor Tan Sri Abd Khalid yang mencadangkan dibuka kuota 10% kemasukan pelajar bukanbimuputera ke UiTM.
k-WAWASAN juga hairan dengan sikap segelintir pemimpin pelajar di IPT tersebut yang sanggup menjadi ‘perkakas’ dan ‘balaci’ kepada UMNOBN yang hampir pupus selepas PRU12 . sepatutnya mereka yang bergelar mahasiswa berfikir ‘pandai’ dengan bijak dan pantas menghidu tindakan UMNOBN yang sengaja memperalatka mereka supaya berdemo dan meniupkan kembali fitnah perkauman demi menyelamatkan ‘bahtera celakaUMNOBN’ dari terus karam kedasar bumi Malaysia.
Alasan kononya hak keistimewaan orang Melayu terjejas dan terhina selepas saranan oleh MB Selangor itu langsung tidak masuk akal! Kerana Melayu selama 50 tahun di bawah mereka si celakaUMNOBN memang sudah cukup terhina dan tersiksa. Satu persatu hak keistimewaan Melayu digadai dan dirogol bergilir-gilir oleh mereka yang bernafsu binatang itu.
k-WAWASAN juga mempersoal dimana YDP UiTM Shah Alam dan Machang ketika UMNOBN bertindak khianat menghapus Bahasa Melayu daripada diajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik? Dan dimana mereka ketika hak istimewa orang Melayu yang sepatutnya mendapat biasiswa belajar di Universiti dihapus dan diganti dengan pinjaman?
Hari ini UMNOBN berlagak kononnya merekalah ‘panglima’ yang akan menyelamatkan mahasiswa UiTM daripada Tan Sri Khalid insan yang paling banyak menolong Melayu semasa di PNB dahulu. Padahal kita semua tahu betapa hutang UMNOBN bernilai jutaan ringgit kepada rakyat yang disembunyi dahulu dibongkar satu persatu selepas kalah dan tumbang di Selangor dalam pilihanraya lalu.
Justeru mahasiswa KUIS dan Unisel selaku IPT bernaung di bawah PAKATAN RAKYAT membuat demo balas dibangunan UMNO (yang berhutang cukaipintu RM 800,000.00) menuntut supaya membayar wang hak rakyat itu segera! Jangan berdolak dalih lagi!
k-WAWASAN yang komited dengan usaha pembaikan dan pemulihan Negeri Selangor selepas ‘dicemari’ oleh najis UMNOBN. Sokongan tanpa berbelah bahagi kepada YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim peneraju PAKATAN RAKYAT Negeri Selangor.