Tuesday, July 22, 2008

JIKA BENAR BERTANGGUNGJAWAB,LETAK JAWATAN!!!

RIUH RENDAH KUIS selepas kejadian YANG SANGAT MEMALUKAN berlaku di dalam kampus sebuah UNIVERSITI ISLAM. Perbualan mengenainya mendapat ‘rating pertama’ selepas’Kes Jamal’. Kedengaran sana –sini mencari gambar bukti bagi mensahihkan perkara itu. Tentu yang ‘katak bawah tempurung’ tertanya-tanya, APA?APA YANG BERLAKU??? Seribu satu persoalan? Itulah rata-rata mahasiswa KUIS kita. Mana dia hendak tahu apa isu yang berlaku dekat dengan mereka , semuanya ini hasil didikan UMNO BN selama ini yang mengongkong kehidupan mahasiswa kita semua. Akibatnya MANDOM. (Mandul pemikiran)

Tentu yang melihat dengan mata kepala sendiri boleh mengagak apa yang hendak ditulis. Persembahan TARIAN GELEK yang dihidang kepada warga kampus UNIVERSITI ISLAM pada malam penutup Ekstival 11 yang lepas, cukup-cukup ‘membanggakan IBLIS’. Tepukan gemuruh dengan sorakan penonton yang sekularlah rasanya ‘memeriah dan menyemarakkan malam tersebut. Hebat KUIS! Sinis seorang pengunjung luar yang ‘tidak sengaja’ menyinggahkan diri keKUIS malam itu.

Para ustaz hanya menggeleng kepala melihat dari jauh, bukan sengaja mereka tidak mahu ke sana menghentikan ‘pencemaran’ BIAH SOLEHAH yang mengejikan itu, tetapi geleng mereka kehairanan melihat BOS mereka (KHAIRI) yang sanggup duduk tanpa berperasaan.

Difikir logik orang pandai, yang sepatutnya akan bertindak samada menghentikan persembahan daripada diteruskan atau mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penganjur yang ‘terlampau bodoh’ merancang sehingga membenarkan perkara itu ialah DIA. Sebabnya dia antara BOS tertinggi. DIA jugalah yang mengumumkan CUTI PALING LAMA SEMPENA EKSTIVAL buat pertama kalinya dalam sejarah Ekstival.

KUIS..KUIS… Jika Pengurusan tertinggi pun seolah-olah REDHA dengan kejadian malam itu, tak tahulah pula apa nasib staff bahkan mahasiswanya. KUIS yang menjunjung tinggi Pemangkin Tradisi Ilmu rupa-rupanya ditadbir oleh mereka yang tidak langsung ada hasrat untuk melihat ia direalisasikan. Malahan beberapa kes sebelum ‘kes gelek’ini pun sudah menampakkan kegenjelannya(isu purdah, kopiah, pembaziran ‘berhala’ dan banyak lagi). Maaf, secara jujur DIA TIDAK LAYAK MENYANDANG JAWATAN ITU. WAJAR DIA MELETAK JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT. Jika dibiarkan kita lihatlah akan bertambah parah KUIS masa akan datang.

JABATAN PEROSAK MAHASISWA(JPM) mesti DIROMBAK, PECAT mereka-mereka yang selama ini menyusahkan proses pengislahan mahasiswa berlaku. TAK GUNA MEREKA DISITU, JIKA YANG ADA IALAH KETUA UMNO DAN PEMUDA UMNO yang sudah diketahui perangai ‘parasit’ mereka.

MPM dan Pengarah Ekstival harus meminta maaf secara terbuka kepada mahasiswa kerana mereka terpilih sebagai MPM bukan untuk membenarkan perkara menjengkelkan itu terjadi, bahkan SEWAJIBNYA MPM menjaga KUIS dari dicemari anasir syaitan.

Kelab Wawasan Madani (k-WAWASAN) sebagai NGO yang menyokong penuh aspirasi Kerajaan Negeri di bawah PAKATAN RAKYAT, menuntut ianya diberi perhatian serius oleh pihak yang berautoriti mengenainya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home