Thursday, July 31, 2008

DIMANA SALAHNYA MENYURUH KHAIRI LETAK JAWATAN?

SEKALI LAGI KECOH KUIS, selepas artikel beredar tersebar di kalangan mahasiswanya. Ada yang menyokong tak kurang juga yang menentang. Sekonyong melenting mereka yang termakan cili lalu melatah menjerit kerana kepedasan kandungan sebelum ini. Namun k-WAWASAN menegaskan TIADA APA-APA ‘PERTEMPURAN’ dengan siswa KUIS! Dan tidak berminat untuk itu Sebarang tuduhan,pertelingkahan dan perkaitan k-WAWASAN dengan mana-mana persatuan atau individu diKUIS adalah sesuatu yang tidak akan dilayan.

k-WAWASAN pada keluaran artikelnya yang lalu ‘mengesyorkan’ KHAIRI HUSSIN berjawatan TIMB. REKTOR KUIS seorang penyokong kuat UMNO HADHARI supaya berundur secara terhormat. Kerana tindakannya selama ini tidak pernah menghormati visi,misi dan falsafah penubuhan KUIS sebagai IPT Pengajian Islam (bukan Islam Hadahri dokongannya) terkemuka di Selangor. Disebabkan kebebalanya itu sekali lagi KUIS dihadapan mata kepalanya sendiri menjadi ‘tapak gelek’ yang mengejikan.

Kekesalan juga terhadap UMNO BN pemerintah sebelum ini yang berjaya menternak ‘ramai anak dombanya’ sehingga tiada dikalangan mahasiwanya samada persatuan atau individu yang berani menyatakan prinsip Islam yang selama ini dipelajari. Mungkin kerana takut atau bimbang dikenakan dengan pelbagai tindakan antaranya AKTA UNTUK KERAJAAN UMNO(AUKU) yang selama ini dimomokkan kepada mereka.

Seharusnya mahasiswa semua sedar bahawa AUKU lah yang ‘memandulkan’ mereka selama ini. Implikasinya lihatlah kelesuan siswa hari ini. Yang siswa akan beriya-iya terkinja jika ada konsert, artis itu dan ini. Kesemuanya ini tidak memberi sebarang faedahpun kepada Negara,apatah lagi untuk Islam yang disayangi.

Isu di KUIS sekarang bukan isu kecil, isunya dasar KUIS dikhianati pentadbir yang tidak amanah. Motto Pemangkin Tradisi Ilmu ‘disampahkan’ demi mengejar status dan keuntungan. Lihatlah kezaliman kenaikan yuran contohnya, tidak semena-mena dinaikkan tanpa ada perbincangan dengan pelajar. Bahkan ada yuran tidak sepatutnya dibayar lebih pun dikenakan dengan alasan kononya KUIS akan bertaraf Universiti penuh, lalu apa kaitannya dengan yuran yang dinaikkan? Siswa KUIS carilah jawapannya dengan MPM sendiri.

Jika ditinjau dari sudut proses tarbiyah, pentadbir(Khairi) sekarang lebih gemar dan serius mencari salah dan menghukum pelajarnya yang mengikuti usrah dan tamrin daripada pelajarnya yang berdatingberkhalwat dan berzina, berkopiahberpurdah daripada bertudung singkat dan berpakaian ketat. Peraturan hanya dikuatkuasakan jika ada kepentingan (cth: saman).

Masih ingatkah lagi peristiwa niat murni seorang pendidik diKUIS yang menghukum anak didiknya demi maruah Al-Quran telah ‘disalahisukan’ pentadbir(Khairi) sehingga pendidik itu pula yang dianggap bersalah dan akibatnya digantung kerja. Juga peristiwa papan tanda ‘Zon Menutup Aurat’ yang pernah dipasang dihadapan pintu masuk KUIS diarah turun oleh Khairi semata-mata memenuhi nafsu sekularnya itu.

Ayuh siswa,pihak kami menyeru NYATAKAN PENDIRIAN KALIAN.JANGAN BIARKAN SESIAPA MENYEKAT KALIAN DARIPADA MENYATAKAN KEBENARAN. KEPADA YANG MENYEKAT KITA BERI AMARAN!KITA ANAK MUDA IBARAT AIR SUNGAI, MAKIN DISEKAT MAKIN BESARLAH EMPANGAN MEMBENTUK,TUNGGULAH SAAT EMPANGAN SEKATAN ITU PECAH, NAHAS MEREKA YANG MENCIPTA EMPANGAN ITU!!!

Kepada yang tidak sepatutnya berada dikedudukannya BERUNDURLAH SEKARANG. Biar kerajaan PAKATAN Selangor melantik orang yang selayaknya. Ada… Jangan ingat orang UMNO sahaja yang bijak(hakikatnya bodoh) mentadbir. Jika mahu secara rela, kami terima dengan gembira,tetapi jika tidak,tunggulah masa dan saatnya kami akan undurkan juga. Ingat! Kami akan undurkan juga.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home