Thursday, July 31, 2008

k-WAWASAN MENAFIKAN TERLIBAT DALAM EDARAN LAYANG

K-WAWASAN menafikan terlibat dengan edaran layang yang menyiarkan 'bulletin friendster'antara bekas YDP MPP Sdr M.Izad dan Fahrorazi. dan sebarang kaitan mengenai 'hamba Allah yang pernah taksub kepada gerakan K-WAWASAN' adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah jahat yang cuba melaga-lagakan bekas pemimpin mahasiswa KUIS itu.


Yang benar,


Penasihat Umum
K-WAWASAN

DIMANA SALAHNYA MENYURUH KHAIRI LETAK JAWATAN?

SEKALI LAGI KECOH KUIS, selepas artikel beredar tersebar di kalangan mahasiswanya. Ada yang menyokong tak kurang juga yang menentang. Sekonyong melenting mereka yang termakan cili lalu melatah menjerit kerana kepedasan kandungan sebelum ini. Namun k-WAWASAN menegaskan TIADA APA-APA ‘PERTEMPURAN’ dengan siswa KUIS! Dan tidak berminat untuk itu Sebarang tuduhan,pertelingkahan dan perkaitan k-WAWASAN dengan mana-mana persatuan atau individu diKUIS adalah sesuatu yang tidak akan dilayan.

k-WAWASAN pada keluaran artikelnya yang lalu ‘mengesyorkan’ KHAIRI HUSSIN berjawatan TIMB. REKTOR KUIS seorang penyokong kuat UMNO HADHARI supaya berundur secara terhormat. Kerana tindakannya selama ini tidak pernah menghormati visi,misi dan falsafah penubuhan KUIS sebagai IPT Pengajian Islam (bukan Islam Hadahri dokongannya) terkemuka di Selangor. Disebabkan kebebalanya itu sekali lagi KUIS dihadapan mata kepalanya sendiri menjadi ‘tapak gelek’ yang mengejikan.

Kekesalan juga terhadap UMNO BN pemerintah sebelum ini yang berjaya menternak ‘ramai anak dombanya’ sehingga tiada dikalangan mahasiwanya samada persatuan atau individu yang berani menyatakan prinsip Islam yang selama ini dipelajari. Mungkin kerana takut atau bimbang dikenakan dengan pelbagai tindakan antaranya AKTA UNTUK KERAJAAN UMNO(AUKU) yang selama ini dimomokkan kepada mereka.

Seharusnya mahasiswa semua sedar bahawa AUKU lah yang ‘memandulkan’ mereka selama ini. Implikasinya lihatlah kelesuan siswa hari ini. Yang siswa akan beriya-iya terkinja jika ada konsert, artis itu dan ini. Kesemuanya ini tidak memberi sebarang faedahpun kepada Negara,apatah lagi untuk Islam yang disayangi.

Isu di KUIS sekarang bukan isu kecil, isunya dasar KUIS dikhianati pentadbir yang tidak amanah. Motto Pemangkin Tradisi Ilmu ‘disampahkan’ demi mengejar status dan keuntungan. Lihatlah kezaliman kenaikan yuran contohnya, tidak semena-mena dinaikkan tanpa ada perbincangan dengan pelajar. Bahkan ada yuran tidak sepatutnya dibayar lebih pun dikenakan dengan alasan kononya KUIS akan bertaraf Universiti penuh, lalu apa kaitannya dengan yuran yang dinaikkan? Siswa KUIS carilah jawapannya dengan MPM sendiri.

Jika ditinjau dari sudut proses tarbiyah, pentadbir(Khairi) sekarang lebih gemar dan serius mencari salah dan menghukum pelajarnya yang mengikuti usrah dan tamrin daripada pelajarnya yang berdatingberkhalwat dan berzina, berkopiahberpurdah daripada bertudung singkat dan berpakaian ketat. Peraturan hanya dikuatkuasakan jika ada kepentingan (cth: saman).

Masih ingatkah lagi peristiwa niat murni seorang pendidik diKUIS yang menghukum anak didiknya demi maruah Al-Quran telah ‘disalahisukan’ pentadbir(Khairi) sehingga pendidik itu pula yang dianggap bersalah dan akibatnya digantung kerja. Juga peristiwa papan tanda ‘Zon Menutup Aurat’ yang pernah dipasang dihadapan pintu masuk KUIS diarah turun oleh Khairi semata-mata memenuhi nafsu sekularnya itu.

Ayuh siswa,pihak kami menyeru NYATAKAN PENDIRIAN KALIAN.JANGAN BIARKAN SESIAPA MENYEKAT KALIAN DARIPADA MENYATAKAN KEBENARAN. KEPADA YANG MENYEKAT KITA BERI AMARAN!KITA ANAK MUDA IBARAT AIR SUNGAI, MAKIN DISEKAT MAKIN BESARLAH EMPANGAN MEMBENTUK,TUNGGULAH SAAT EMPANGAN SEKATAN ITU PECAH, NAHAS MEREKA YANG MENCIPTA EMPANGAN ITU!!!

Kepada yang tidak sepatutnya berada dikedudukannya BERUNDURLAH SEKARANG. Biar kerajaan PAKATAN Selangor melantik orang yang selayaknya. Ada… Jangan ingat orang UMNO sahaja yang bijak(hakikatnya bodoh) mentadbir. Jika mahu secara rela, kami terima dengan gembira,tetapi jika tidak,tunggulah masa dan saatnya kami akan undurkan juga. Ingat! Kami akan undurkan juga.

MPM KUIS GELABAH? RELAX… JANGAN BIMBANG.

Tersentak buat kali kedua… Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS dikejutkan lagi dengan ‘kehadiran surat cinta’ yang kedua, setelah digemparkan dengan edaran memboikot konsert anjuran Sekretariat Expo dan Festival MPM sendiri. Dilihat ‘sentakan’ kali ini betul-betul membuat MPM tidak senang duduk, manakan tidak ia benar-benar memaksa MPM mencari hingga kelubang cacing siapa punya angkara petualang yang menjadi dalang.

Suka diingatkan MPM usah bimbang, jika dipihak benar,teruskan kerja seperti biasa. Ia pun bukan mengenai MPM semata-mata, k-WAWASAN tetap akan meneruskan tugas amar ma’ruf nahi mungkar ini selagi ada langit dan bumi, bintang dan matahari.

‘Pertempuran’ ini jika MPM tidak mahu terlibat, silakan ketepi gelanggang, k-WAWASAN akan berpencak sendirian dengan bantuan Tuhan InsyaAllah.

Tuesday, July 22, 2008

JIKA BENAR BERTANGGUNGJAWAB,LETAK JAWATAN!!!

RIUH RENDAH KUIS selepas kejadian YANG SANGAT MEMALUKAN berlaku di dalam kampus sebuah UNIVERSITI ISLAM. Perbualan mengenainya mendapat ‘rating pertama’ selepas’Kes Jamal’. Kedengaran sana –sini mencari gambar bukti bagi mensahihkan perkara itu. Tentu yang ‘katak bawah tempurung’ tertanya-tanya, APA?APA YANG BERLAKU??? Seribu satu persoalan? Itulah rata-rata mahasiswa KUIS kita. Mana dia hendak tahu apa isu yang berlaku dekat dengan mereka , semuanya ini hasil didikan UMNO BN selama ini yang mengongkong kehidupan mahasiswa kita semua. Akibatnya MANDOM. (Mandul pemikiran)

Tentu yang melihat dengan mata kepala sendiri boleh mengagak apa yang hendak ditulis. Persembahan TARIAN GELEK yang dihidang kepada warga kampus UNIVERSITI ISLAM pada malam penutup Ekstival 11 yang lepas, cukup-cukup ‘membanggakan IBLIS’. Tepukan gemuruh dengan sorakan penonton yang sekularlah rasanya ‘memeriah dan menyemarakkan malam tersebut. Hebat KUIS! Sinis seorang pengunjung luar yang ‘tidak sengaja’ menyinggahkan diri keKUIS malam itu.

Para ustaz hanya menggeleng kepala melihat dari jauh, bukan sengaja mereka tidak mahu ke sana menghentikan ‘pencemaran’ BIAH SOLEHAH yang mengejikan itu, tetapi geleng mereka kehairanan melihat BOS mereka (KHAIRI) yang sanggup duduk tanpa berperasaan.

Difikir logik orang pandai, yang sepatutnya akan bertindak samada menghentikan persembahan daripada diteruskan atau mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penganjur yang ‘terlampau bodoh’ merancang sehingga membenarkan perkara itu ialah DIA. Sebabnya dia antara BOS tertinggi. DIA jugalah yang mengumumkan CUTI PALING LAMA SEMPENA EKSTIVAL buat pertama kalinya dalam sejarah Ekstival.

KUIS..KUIS… Jika Pengurusan tertinggi pun seolah-olah REDHA dengan kejadian malam itu, tak tahulah pula apa nasib staff bahkan mahasiswanya. KUIS yang menjunjung tinggi Pemangkin Tradisi Ilmu rupa-rupanya ditadbir oleh mereka yang tidak langsung ada hasrat untuk melihat ia direalisasikan. Malahan beberapa kes sebelum ‘kes gelek’ini pun sudah menampakkan kegenjelannya(isu purdah, kopiah, pembaziran ‘berhala’ dan banyak lagi). Maaf, secara jujur DIA TIDAK LAYAK MENYANDANG JAWATAN ITU. WAJAR DIA MELETAK JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT. Jika dibiarkan kita lihatlah akan bertambah parah KUIS masa akan datang.

JABATAN PEROSAK MAHASISWA(JPM) mesti DIROMBAK, PECAT mereka-mereka yang selama ini menyusahkan proses pengislahan mahasiswa berlaku. TAK GUNA MEREKA DISITU, JIKA YANG ADA IALAH KETUA UMNO DAN PEMUDA UMNO yang sudah diketahui perangai ‘parasit’ mereka.

MPM dan Pengarah Ekstival harus meminta maaf secara terbuka kepada mahasiswa kerana mereka terpilih sebagai MPM bukan untuk membenarkan perkara menjengkelkan itu terjadi, bahkan SEWAJIBNYA MPM menjaga KUIS dari dicemari anasir syaitan.

Kelab Wawasan Madani (k-WAWASAN) sebagai NGO yang menyokong penuh aspirasi Kerajaan Negeri di bawah PAKATAN RAKYAT, menuntut ianya diberi perhatian serius oleh pihak yang berautoriti mengenainya.