Wednesday, August 13, 2008

MAHASISWA KUIS DAN UNISEL DIGESA BUAT DEMO BALAS TERHADAP UMNOBN!!!

k-WAWASAN memandang serius terhadap tindakan UMNOBN yang ‘memperalatkan’ mahasiswa UiTM supaya membuat demonstrasi dihadapan bangunan Kerajaan Negeri baru-baru ini dengan alasan kononya membantah kenyataan Dato’ MB Selangor Tan Sri Abd Khalid yang mencadangkan dibuka kuota 10% kemasukan pelajar bukanbimuputera ke UiTM.
k-WAWASAN juga hairan dengan sikap segelintir pemimpin pelajar di IPT tersebut yang sanggup menjadi ‘perkakas’ dan ‘balaci’ kepada UMNOBN yang hampir pupus selepas PRU12 . sepatutnya mereka yang bergelar mahasiswa berfikir ‘pandai’ dengan bijak dan pantas menghidu tindakan UMNOBN yang sengaja memperalatka mereka supaya berdemo dan meniupkan kembali fitnah perkauman demi menyelamatkan ‘bahtera celakaUMNOBN’ dari terus karam kedasar bumi Malaysia.
Alasan kononya hak keistimewaan orang Melayu terjejas dan terhina selepas saranan oleh MB Selangor itu langsung tidak masuk akal! Kerana Melayu selama 50 tahun di bawah mereka si celakaUMNOBN memang sudah cukup terhina dan tersiksa. Satu persatu hak keistimewaan Melayu digadai dan dirogol bergilir-gilir oleh mereka yang bernafsu binatang itu.
k-WAWASAN juga mempersoal dimana YDP UiTM Shah Alam dan Machang ketika UMNOBN bertindak khianat menghapus Bahasa Melayu daripada diajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik? Dan dimana mereka ketika hak istimewa orang Melayu yang sepatutnya mendapat biasiswa belajar di Universiti dihapus dan diganti dengan pinjaman?
Hari ini UMNOBN berlagak kononnya merekalah ‘panglima’ yang akan menyelamatkan mahasiswa UiTM daripada Tan Sri Khalid insan yang paling banyak menolong Melayu semasa di PNB dahulu. Padahal kita semua tahu betapa hutang UMNOBN bernilai jutaan ringgit kepada rakyat yang disembunyi dahulu dibongkar satu persatu selepas kalah dan tumbang di Selangor dalam pilihanraya lalu.
Justeru mahasiswa KUIS dan Unisel selaku IPT bernaung di bawah PAKATAN RAKYAT membuat demo balas dibangunan UMNO (yang berhutang cukaipintu RM 800,000.00) menuntut supaya membayar wang hak rakyat itu segera! Jangan berdolak dalih lagi!
k-WAWASAN yang komited dengan usaha pembaikan dan pemulihan Negeri Selangor selepas ‘dicemari’ oleh najis UMNOBN. Sokongan tanpa berbelah bahagi kepada YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim peneraju PAKATAN RAKYAT Negeri Selangor.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home