Wednesday, August 20, 2008

SIRI 1 ANTIKHAIRI!-KHAIRI MENGGULA MAHASISWA!

‘Berhempas pulas’ wakil Rektor KUIS kelmarin apabila ruang untuknya berucap yang sepatutnya tausiah sempena menjelang peperiksaan akhir semester mahasiswa tetapi ‘kebengongannya’ menjadikan medan itu ‘tabmandi’untuk ‘mensucikankan’ dirinya yang bernajis sekular dan nifaq itu. Walaupun dia berjubah dan berserban malam itu kononnya berlagak lebai dan alim, namun ‘najis sekular dan nifaq’ TETAP JELAS KELIHATAN’ di mata hati orang beriman Islam yang hakiki bukan islam hadhari akidah pegangan si Khairi!
Kehadiran halim dan Siput Babinya (SB) ‘menyemangatkan’ lagi si khairi untuk menghentam dan menyumpah seranah pihak yang cuba ‘menggugat’ singgahsananya di Pejabat Tim. Rektor dengan edaran Kwawasan lalu. Bermula ucapannya dengan ‘menggula-gulakan’ mahasiswa yang hadir pada malam itu kononnya akan diberi potongan yuran pengajian sebanyak 15 % bagi yang mendapat GPA 3.5 ke atas, 10% yang mendapat 3.49-3.00, dan 5 % bagi yang dapat 2.99-2.70.
k-WAWASAN mencabar supaya dibuat satu PENERANGAN KHAS kepada mahasiswa bagaimana kaedah yuran itu akan dipotong! Jangan hanya mencari publisiti murahan dengan meraih simpati mahasiswa yang MEMANG BENCI DAN MUAK dengan muka kamu itu!
Walaupun Pendirian k WAWASAN terhadap penurunan yuran itu adalah sangat wajar tetapi ia mestilah benar-benar ikhlas dan telus bagi membantu mahasiswa KUIS yang sedang merana dan tersiksa dek tindakan bodoh kerajaan pusat BN menaikkan minyak petrol lalu(jangan tak percaya ada mahasiswa KUIS yang hanya memakan magge mee shj selama seminggu kerana ketidakcukupan ptptn yang semuanya habis kerana yuran yang mahal nak mampos). K-WAWASAN juga mempersoal apa kuasa si khairi ini? Sewenang mengumumkan penurunan itu dan kemana orang nombor satu KUIS? Bukankah sepatutnya dia yang selayaknya mengumumkan hal TERPENTING itu?
Bacaan mudah kWAWASAN, oleh kerana siKhairi ini sewenang mengumumkan penurunan yuran LOGIKNYA dia jugalah yang MUNGKIN SELAMA INI SEWENANG JUGA MENAIKKANNYa. Jika tidak kenapa dia begitu berani membuat pengumuman sesuatu yang dahulu memang dianggap ‘sangat rahsia’ sehingga sesiapa pun pun tidak boleh menyentuh tentangnya.
Dengan menganggap kenaikan yuran sebagai ‘urusan jualbeli’ yang mana pembeli MESTI REDHA dengan harga yang ditetapkan penjual, jelas menunjukkan tara pemikiran si Khairi yang sekular bermazhab kapitalis itu, memperbodoh dan menekan mahasiswa yang dianggap ‘pelanggan bengap’ dengan menaikkan harga yuran sehingga ptptn yang naikpun tidak mampu menampung kenaikkan yuran yang melampau.

K WAWASAN berpandangan bukan hanya SANGAT WAJAR DIBERI ‘DISKAUN’ kepada mereka yang memang berhak mendapatnya bahkan SANGAT PERLU diturun yuran yang membebankan semua mahasiswa itu sebanyak 30% TANPA TERKECUALI!. Jika pihak pengurusan berasa keberatan, k WAWASAN MENCABAR LAGI SUPAYA MEMBUAT SATU LAGI PENERANGAN KHAS kepada mahasiswa KENAPA TIDAK BOLEH?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home